Avatara Dewi Avatara

Konsep Avatara juga dipercayai dalam Shaktaisme iaitu mazhab Shakti, meskipun bukan secara keseluruhannya. Menurut Devi Bhagavata, Devi menjelma untuk menghukum orang-orang jahat dan melindungi orang-orang baik, sama seperti jelmaan-jelmaan Maha Vishnu.

Sridevi dan Bhudevi adalah dua rupa berlainan Dewi Lakshmi. Bersama-sama Vishnu, pasangan-Nya Lakshmi, turut menjelma di bumi sebagai Dharini (Isteri Parasurama), Sita (Isteri Sri Rama), dan Yasodhara (Isteri Buddha). Radha dan para Gopi, Rukmini, Satyabhama dan semua isteri-isteri Sri Krishna kecuali Yamuna dianggap sebagai jelmaan separa Lakshmi. Kecuali Sita dan Radha jelmaan Lakshmi yang lain tidak memainkan sebarang peranan utama. Sita menjadi ideal wanita yang suci. Radha adalah ideal kekasih dan pencinta-Ilahi.

Rujukan

WikiPedia: Avatara http://www.comparativereligion.com/avatars.html http://www.gaudiya.com/image/manifestations.gif http://www.gaudiya.com/index.php?topic=theology http://www.krishna.com/node/603 http://www.srivaishnavam.com/stotras/dasavatharam_... http://www.virtuescience.com/i-am-the-one-and-only... http://www.veda.harekrsna.cz/encyclopedia/avatars.... http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/Religions/Ava... http://www.salagram.net/Dasavatara-page.htm http://encyclopediaofauthentichinduism.org/article...